CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

02 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

walaupun tinggal 3hari lagi kita nak menyambut hari raya haji, tapi saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung belog saya ini [ada ker org baca? ***nanges].

kalau raya puasa boleh je kita wish awal-awal, pernah dapat kad raya 1 ramadhan lg. so masakan tidak untuk raya haji ni kan. tapi adakah kita mengerti apa sebenarnya hari raya aidiladha itu yang sebenarnya?

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

selamat hari raya, semoga hari anda ceria bersama keluarga dan insan tersayang. berhati-hati di jalan raya.


XOXO


01 November 2011

musim kedua

ada masih ingat kejadian sorang makcik [ekceli dia pegawai dari MOSTI] yang datang ke ofis saya dulu? alaaa yang nak jodohkan saya dengan anak dia tu lah. sila baca entri kat bawah-bawah ni.

entah ler samaada makcik tu terlupa atau memang dia berkenan kat saya utk jadi menantu dia kot. Dulu pernah dia suruh saya pilih mana-mana anak dia utk dijadikan 'psangan' dia. bongeekkk. bila saya bagitau siapa saya barulah makcik tu mengilai suka. hor baru tau aku ni sape baru ko gelekek suke deh. haippp

dan kisahnya, hari ni makcik tu datang lagi ke ofis saya. ada join venture kekdahnya dengan pihak kami. dan sebagai setiausaha yg cemerlang, gemilang dan terbilang..haruslah makcik tu melalui saya dulu sebelum berjumpa bos. kebetulan bos masih bercuti bini dia beranak. tahniah bos, dapat anak perempuan lagi. sila cuba masa hadapan lagi utk baby boy pulak.

dan makcik tu pun beserta pembantu dia lepak-lepak [hamboi kemain kau yer] dalam bilik ofis saya sambil bersembang-sembang. orang tua, ingatan tak kuat kot.

boleh lak dia galak duk bercerita pasal anak dia yang sulung tu dah kawen. dia siap cakap "tu laaa, dulu mokcik nak wat awak menantu mokcik awak tak nak". **pitam!

segala macam cerita kawen anak dia, makcik tu bagitau. pasal kenduri, menantu, hantaran segala bagai dia duk galak bercerita kat ai ni. emmm layan je lah.

lepas tu bila habis bab anak sulung dia, hamboi dia duk bukak cerita pasal next sons. kedua dan ketiga. pasal tak berkenan bawa balik calon, pasal perangai makwe anak ketiga dia. segala mak nenek cerita anak dia, makcik tu duk bagitau ai. sadisss kalu dapat mertua macam ni.

dan paling tak terduga, bila makcik tu bertanyakan soalan yg hampir sama macam yg dulu tuuuu. malas ai nak taip semula dialog tapi lebih kurang je soalan macam yang dulu tu.

ai bila terdengar soalan dia terus ai ketawa terbahak-bahak. gelekek waser nak pecoh perut. macam mana la makcik ni boleh pegang jawatan tinggi dalam jabatan dia padahal ada lostmemory disoder. hadoiii lah!

assistant yang datang dengan dia sampai pegang perut sebab suker ke makcik tu.hahaha kesian makcik.

rupanya makcik tu ada masalah rabun keterlaluan kalau tak pakai spek dia. emmm nasib lah pegang jawatan setiausaha ni. semua orang akan melabel sebagai pompuan. gegel tak shuker tau! hahaha

kesimpulan nya, orang rabun nampak ai ni macam selena gomez ker? hahahaha. sambung urat kentut jap.

17 Oktober 2011

wahai jiwa yang tenang

jasad kita hanya satu
hati kita jua satu
kerana Dia hanya Satu

jiwa yang tenang
hati yang tenteram
dambaan yang paling diharapkan

langit takkan biru selamanya
dan kerana itu jangan selalu mendongak
bumi ini ratanya tidak
dan pandanglah bila kita melangkah

jasad kita hanya satu
hati kita jua satu
kerana Dia hanya Satu

jiwa masih kosong
walhal janjiNya sudah terbentang

jasad kita cuma satu
untuk Dia yang Maha Satu

12 Oktober 2011

sejak dua menjak ni iol kegilaan sangat bermain-main squash. gila memukul bola getah ke dinding, gila kejar bola, gila berpeluh malam dan gilakan azlan iskandar €€€€(motip?).
entah lah, mungkin ai nak melarikan diri dari rasa sunyi di rumah. walau teman-teman serumah ada, tapi jiwa ni sunyi seperti berada di tengah-tengah terowong seorang diri.

oh melalut ke laut pulok. ohye, tiba-tiba petang tadi menggatalkan diri membooking tiket penerbangan ke ibu negara untuk pengujung november. sadis, sesungguhnya tindakan itu hanyalah untuk mengosongkan poket diri ini je. sedihhh mak jemah!

11 Oktober 2011

kolek mudik ke hilir

natijah pada satu kehidupan

kita hanya mampu memandang

pada suatu detik yang berlalu

sedang hati bergelut memanggil

agar detik itu kembali semula



natijah pada satu kehidupan

hati bergusir merentap rasa

tersirat pada suatu ruas genggam



kolek hanya mudik ke hilir

bila arus hulu menghentam jalan

kolek hanya mudik ke hilir

menunggu tiba di muara

kehidupan baru di hujung tahun

wah diam tak diam dah bulan oktober 2011. last sekali punya entri tahun 2010. hampir setahun tak menghupdatekan belog ni. ni pon dah banyak delete entri-entri lepas sebab ada yang mencalarkan jiwa bila dibaca semula. oh dunia!
bermula bulan ni juga iol akan berpindah rumah [lagi?] sebab rumah yang diduduki sekarang akan dijual oleh empunya. siap masuk mudah.com lagi uols. pitam mak jemah. takpe lah, nak buat macam mana kan, dah rumah dia lantak dia lah nak buat apa pun.setakat ni kami sudah mengeluarkan barang-barang kecilan, opkos la uol nanti hujung minggu senang angkut naik lori barang-barang besar je. rumah baru pun oke la, cuma agak kemodenan dan kecil sedikit berbanding rumah sekarang. sigh! so merasa lah takkan ada aktiviti joget lambak dan senamrobik di ruang tamu dah lepas ni. sedih.
ohye, malam tadi iol terserempak dengan boboi yang pernah menamakan kucing-kucing iol dulu. emmmm dah besar pun budak tu. dan budak tu jugak la yang mengkompiuskan dirinya dulu secara berjemaah dengan kawan-kawan dia.

mungkin uol masih/ atau yang sudah lupa dengan situasi yang pernah berlaku dulu. kisah nya begini, di suatu petang yang hening lagi menggiurkan .....

situasi : iol sedang pose² membasuh kancil iol di depan rumah [rumah sewa lama di Tok Jembal], ada la sekumpulan kanak-kanak ribena yang asyik bermain basikal keliling taman perumahan tu. yang kehairanan nya, 3kali dorang keliling, 3kali jugak la dorang stop melihat iol. sehinggalah ada sorang budak laki yang berani menegur iol yang masa tu sangat vogei de vass. oh tidak!

budak laki : abang...abang sedang wat apa?

iol : [sengih] ngah basuh keta dik.

budak laki : abang...abang ni comel la

iol : [sengih lagi lebar]

budak laki : abang .. abang ni laki ke puan?

iol : [terkedu dengan soalan itu tapi terus menjawab] dik, abang ada bulu betis ni dik. opkos la abang ni laki. [memang nak kena lahar budak ni tau]

budak laki : tapi abang ni comel lah, tak caye wase abang ni laki

terus budak tu kembali pada kawan-kawan dia sambil berkata "kan aku dah kate abang tu laki, korang je yang tak caye"

hahaha. bila diingat balik, sangat memori hidup di Tok Jembal tu. sebab banyak sangat kisah dari iol baru bekerja di Kuala Terenganu ni. dan yang pasti, masa memang berlalu sangat pantas meninggalkan kita semua. iol pun dah masuk suku abad, uol apatah lagi kan..budak tu pun dah darjah dua. kucing-kucing iol yang budak tu bagi nama cuma tinggal seekor je lagi. seekor lagi dah tinggal arwah [RIP mokmok]

kadang-kala, jika kita lewati masa-masa lalu pasti akan tercuit paling tidak satu memori yang boleh kita simpan sebagai yang terindah.

dan, iol lupa nak berkongsi dengan uol semua. iol baru je dapat si kembar adik kepada siti bunga. huhu
wan muhammad hazim & wan muhammad haziq


22 Disember 2010

::makcik sengal::

lokasi : opis tersayam
masa : 10.32 waktu ayam berlari bekejaran

watak : of kos la iols yg pegang watak utama kan..dan dua org staf dari 1 agensi tu.
Makcik : lame doh ker anok keje sini

iols : lama x lama dah 4 tahun dah, dulu setahun kontrak, baru tetap 3 tahun (tiba² wat ramah tamah mesraaaaaaaaaaa gitu!)

Makcik : ooo kira dah lama la keja. umo bape doh?

iols : hikss, baru 20. (tetap taknak ngaku umo nih. gigih!!!)

Makcik : dah kawen ke?

iols : belom..

Makcik : muda lagi kan, makcik ingat umo anak baru 18, 19..

iols pitam kejap dgr statment makcik tu, tp bangun cepat² nak sambung perbincangan..

Makcik : doh asal mmg sini ke dok lain?

iols : dok ehh, dok kelate...kije je sini. rezeki sini kan kita tak milih tempat mana²

Makcik : hor betol lah tu bla bla bla bla bla bla..

iols terpaksa CUT kan dialog kami sbb dah tak ingat butiran perbualan kami sehinggalah makcik tu mengeluarkan dialog boombastik sgt..

Makcik : makcik dari tadi dok tengok ke anok. berkenan makcik nak wat menantu. Anak ada boipren doh ke? Makcik ada tiga anak laki hok dok kawen lg. sorang umo 27, sorang umo 25 dan hok last umo 22.. Pilih je mano hok berkenan, sbb 3-3 pakat xdok gewe lg.

iols : [terkedu]

Makcik : dulu hok umo 27 tu ada bowok org puan dtg umah jupe makcik, tp makcik dok berkenaan ehh..wat air tawor. doh la dok suke ngekek je..

iols : [masih lg terkedu dgn soalan beliau td]

Makcik : ke anok ada boipren doh?

iols : errr makcik, makcik baca nama penuh saya kat pintu yer..

makcik tu berjalan ke pintu, baca tanda nama iols dan kemudian sengeh² mcm berus jamban.

Makcik : laaaa, BIN ker? ingatkan BINTI sbb kalu BINTI makcik berkenan sunggoh nak wat menantu.

iols pitam selepas tu...motip makcik tu berkenan nak wat menantu????? choiiiiiiiiiii....

::comeback::

dear all,
hari ni walaupun byk sgt kerja, tp aktiviti kemalasan itu sgt menebal dan mencucuk jiwa. sehinggakan sanggup ai mengenepikan syusshh syusshh segala propaganda yg menjelma. [apa kebengong nye aku berfalsafah]..
tiba² toinggg perasaan nak jenguk belog lama ni muncul. dan tadaaaaaaaa mujurlah ai masih waras dan ingat kata kekunci [wah!! translate okeh, ko mampu?]
rasa rindu utk berbelog masih lagi ada, tapi yelah...seperti yg lalu mood utk menulis bukan selalu ada. menulis ni umpama period ******. kadang² ikut masa, dan kadang² tak teratur. kalo tak datang tu something wrong somewhere la gamaknye kiah oitt. samada hang mengandong, tak pun hang monopos.
dan sukacita iols mengucapkan Selamat Kembali Berbelog utk diri sendiri [tepuk²].
tapi sukacita dimaklumkan bahawa belog ini bukan catatan harian okeh...errr kejap, ada ke orang masih baca belog iols ni? Belog ni sekadar curahan perasaan, mengikut mood dan situasi.
welcome back, salam sayang..
XOXO