CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

11 Oktober 2011

kehidupan baru di hujung tahun

wah diam tak diam dah bulan oktober 2011. last sekali punya entri tahun 2010. hampir setahun tak menghupdatekan belog ni. ni pon dah banyak delete entri-entri lepas sebab ada yang mencalarkan jiwa bila dibaca semula. oh dunia!
bermula bulan ni juga iol akan berpindah rumah [lagi?] sebab rumah yang diduduki sekarang akan dijual oleh empunya. siap masuk mudah.com lagi uols. pitam mak jemah. takpe lah, nak buat macam mana kan, dah rumah dia lantak dia lah nak buat apa pun.setakat ni kami sudah mengeluarkan barang-barang kecilan, opkos la uol nanti hujung minggu senang angkut naik lori barang-barang besar je. rumah baru pun oke la, cuma agak kemodenan dan kecil sedikit berbanding rumah sekarang. sigh! so merasa lah takkan ada aktiviti joget lambak dan senamrobik di ruang tamu dah lepas ni. sedih.
ohye, malam tadi iol terserempak dengan boboi yang pernah menamakan kucing-kucing iol dulu. emmmm dah besar pun budak tu. dan budak tu jugak la yang mengkompiuskan dirinya dulu secara berjemaah dengan kawan-kawan dia.

mungkin uol masih/ atau yang sudah lupa dengan situasi yang pernah berlaku dulu. kisah nya begini, di suatu petang yang hening lagi menggiurkan .....

situasi : iol sedang pose² membasuh kancil iol di depan rumah [rumah sewa lama di Tok Jembal], ada la sekumpulan kanak-kanak ribena yang asyik bermain basikal keliling taman perumahan tu. yang kehairanan nya, 3kali dorang keliling, 3kali jugak la dorang stop melihat iol. sehinggalah ada sorang budak laki yang berani menegur iol yang masa tu sangat vogei de vass. oh tidak!

budak laki : abang...abang sedang wat apa?

iol : [sengih] ngah basuh keta dik.

budak laki : abang...abang ni comel la

iol : [sengih lagi lebar]

budak laki : abang .. abang ni laki ke puan?

iol : [terkedu dengan soalan itu tapi terus menjawab] dik, abang ada bulu betis ni dik. opkos la abang ni laki. [memang nak kena lahar budak ni tau]

budak laki : tapi abang ni comel lah, tak caye wase abang ni laki

terus budak tu kembali pada kawan-kawan dia sambil berkata "kan aku dah kate abang tu laki, korang je yang tak caye"

hahaha. bila diingat balik, sangat memori hidup di Tok Jembal tu. sebab banyak sangat kisah dari iol baru bekerja di Kuala Terenganu ni. dan yang pasti, masa memang berlalu sangat pantas meninggalkan kita semua. iol pun dah masuk suku abad, uol apatah lagi kan..budak tu pun dah darjah dua. kucing-kucing iol yang budak tu bagi nama cuma tinggal seekor je lagi. seekor lagi dah tinggal arwah [RIP mokmok]

kadang-kala, jika kita lewati masa-masa lalu pasti akan tercuit paling tidak satu memori yang boleh kita simpan sebagai yang terindah.

dan, iol lupa nak berkongsi dengan uol semua. iol baru je dapat si kembar adik kepada siti bunga. huhu
wan muhammad hazim & wan muhammad haziq


0 comments: