CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

17 Oktober 2011

wahai jiwa yang tenang

jasad kita hanya satu
hati kita jua satu
kerana Dia hanya Satu

jiwa yang tenang
hati yang tenteram
dambaan yang paling diharapkan

langit takkan biru selamanya
dan kerana itu jangan selalu mendongak
bumi ini ratanya tidak
dan pandanglah bila kita melangkah

jasad kita hanya satu
hati kita jua satu
kerana Dia hanya Satu

jiwa masih kosong
walhal janjiNya sudah terbentang

jasad kita cuma satu
untuk Dia yang Maha Satu

0 comments: